Thursday, December 21, 2006

SKUAD REMAJA U19 RAGBI MALAYSIA SUDAH BERSEDIA

REMAJA U19 MALAYSIA menunjukkan kegarangan mereka apabila membelasah Ns Wanderers (31- 05) dalam perlawanan ujian ketiga (Test Match) di Padang Victoria Institution Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.Perkembangan positif ini menunjukkan Skuad Remaja U19 Malaysia dibawah kendalian Naharudeen Othman dan Cikgu Asa’ri sudah cukup bersedia untuk berhadapan Skuad Remaja Thailand di Suku Akhir CUP Kejohanan Ragbi Remaja Asia Bawah 19 Tahun di Kaohsiung, Taiwan 18 Disember ini. Malaysia seterusnya diramalkan bakal berhadapan dengan kuasa ragbi no. 1 ragbi Asia iaitu Jepun di peringkat separuh akhir dan sekiranya Skuad U19 Malaysia mampu melepasi rintangan berat ini maka akan terukirlah sejarah dalan sejarah sukakan tanahair di mana dua pasukan yang berjaya mara ke perlawanan akhir CUP bakal mewakili Zon Asia ke Kejohanan Piala Dunia Remaja 2007 di Scotland.
Lebih meyakinkan lagi apabila Skuad U19 ini telah berjaya mengharungi ketiga-tiga perlawanan ujian dengan menundukkan pasukan handalan negara Cobra dan Ns Wanderers tanpa sebarang masalah dan kecederaan.Cobra yang dibarisi rata-rata oleh pemain senior profesional dan menggunakan khidmat pemain import Fiji telah berjaya ditumpaskan oleh Skuad U19 Malaysia semasa perlawanan ujian pertama di Padang Jalan Utara pada 1 Disember. Skuad U19 Malaysia menewaskan Cobra (22-12). Perlawanan ujian kedua pula telah menyaksikan Skuad U19 Malaysia menewaskan Ns Wanderers (20-00) pada 8 Disember 2006 dalam keadaan cuaca buruk dan permainan dihentikan lebih awal. Atas persetujuan bersama, perlawanan ulangan telah di jalankan semula pada petang tadi dan berkesudahan Skuad U19 Malaysia sekali lagi menewaskan Ns Wanderers dengan peningkatan mata (31- 05).“Perlawanan bertemu pasukan Thailand dijangkakan menjadi sengit kerana Skuad Remaja Thailand mempunyai tugas berat menebus maruah kekalahan mereka kepada kita (Malaysia) di Asian Nation Series lalu yang sekaligus terlepas Piala Maharaja Thai Vajiralongkorn yang telah jatuh ke tangan Malaysia” Kata Cikgu Naharudeen Othman.Beliau juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail, Presiden KRM kerana telah merealisasikan kreteria penubuhan skuad ragbi Malaysia untuk memiliki pemain-pemain berbadan besar, tinggi, pantas, bijak dan berani. Skuad U19 Malaysia kini dibarisi pemain-pemain yang berketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki, berat 80 kilogram dan semuanya melepasi ‘Bleep Test’ Level ke 12.Malaysia bakal memiliki pasukan yang kuat dirantau ini sekurang-kurangnya hingga lima tahun akan datang.PANTANG MENYERAH.. Mohd Aizat Azmi cuba dihalang oleh 2 pemain Ns Wanderers.

No comments: