MALAYSIA mengesahkan tempat keempat kejohanan ragbi remaja Asia bawah 19 tahun apabila menumpaskan Thailand, 32-18 di Kaohsiung, Taiwan semalam.
Dalam pertemuan di padang Akademi Tentera Whampoa itu, skuad negara yang dibimbing Naharudeen Othman tidak memberi banyak ruang dan mendahului lawan 17-6 pada babak pertama. Mata pasukan negara diperoleh hasil dua gol dan satu penalti, manakala lawan membalas dengan dua mata penalti. Malaysia terus menguasai permainan pada babak kedua dan menambah mata hasil satu gol, satu try dan satu penalti, manakala Thailand menghasilkan satu gol dan satu try. Pengurus pasukan, Ahmad Sufian Johari, berkata dengan kemenangan ini skuad negara layak ke separuh akhir untuk menentang juara bertahan Jepun esok. Semalam Jepun turut mencatat kemenangan pertama dengan membelasah Singapura, 58-6. “Dengan kejayaan ini pemain negara berjaya meletakkan negara di tangga keempat Asia yang menjadi salah matlamat dalam kejohanan ini,” katanya. Katanya, matlamat seterusnya ialah mengalahkan Jepun untuk layak ke akhir dan layak bersaing untuk kejohanan kelayakan Piala Duni Remaja Bawah 19 tahun di Belfast, Ireland Utara, April depan. “Hanya dua pasukan dari Asia iaitu juara dan naib juara kejohanan ini layak bersaing dalam kejohanan itu nanti,” katanya ketika dihubungi semalam. Mengenai pertemuan dengan Jepun, dia berkata semua pemain sudah bersedia dan cukup bersemangat untuk menemui juara bertahan itu. “Kami yakin pemain negara mampu melakar sejarah dalam pertemuan itu nanti,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment